Tuesday, February 23, 2016

Menjadi Insan yang Berlapang Dada

Menjadi Insan yang Berlapang Dada

Setiap apa yang  berlaku di bumi ini sudah ada ketentuan Allah SWT kepada hambaNya sama ada perkara yang baik ataupun yang tidak baik. Semuanya  merupakan taqdir Allah SWT.

Ketahuilah, bahwa sikap  berlapang dada adalah satu keadaan yang menjadikan sesorang mampu melaksanakan segala ketentuan dan ketaatan kepada Allah SWT dengan semaksimum mungkin.

Dengan sikap berlapang dada, seseorang dapat melaksanakan berbagai macam tugas kewajipannya dengan cara yang terbaik, sama ada hal yang kecil mahupun yang besar.

Lapang dada merupakan kurnia pemberian Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Perhatikanlah doa dan permohonan Nabi Musa ‘alaihissalam tatkala Allah SWT  memerintahkannya untuk melaksanakan tugas yang begitu berat; iaitu mendatangi Fir’aun yang sudah melampaui batas.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Thaaha, ayat 24:

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
“Pergilah kamu kepada Fir’aun, kerana dia telah melampui batas“. (QS. Thaaha:24).

Suatu tugas yang sangat besar dan berat, ketika Allah SWT  memerintahkan hal itu,

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Thaaha, ayat  25-26:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ( ) قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي () وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي.
“Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku; serta lepaskan kekeluan dalam lidahku“. (QS. Thaha:25-27).

Tidak diragukan lagi bahawa berlapang dada merupakan kurnia Allah SWT dan taufik dariNya, serta berusaha untuk mencari sebab-sebabnya agar menjadi insan yang sentiasa berlapang dada.

Tazkirah hari ini, ingin berkongsi sedikit tentang sebab-sebab untuk menjadi insan yang sentiasa berlapang dada.

Di antara sebab-sebab untuk mengajar diri sendiri menjadi insan yang dapat berlapang dada adalah:

  1. Mentauhidkan Allah SWT dan mengikhlaskan agama hanya  kepadaNya.
  2. Melaksanakan segala bentuk ajaran Islam semata-mata   hanya untuk Allah SWT.
  3. Menjauhkan diri dari segala bentuk kesyirikan sama ada kecil mahupun besar.
  4. Tanamkan cahaya keimanan yang Allah SWT berikan pada hati kita .
  5. Menuntut Ilmu yang bermanfaat yang bersumber dari al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
  6. Inabah (kembali) kepada Allah SWT dan cinta kepadaNya, serta mendahulukan cinta kepada Allah SWT daripada cinta kepada selainNya.
  7. Konsisten dan terus-menerus dalam mengingati Allah SWT  dan memberikan perhatian yang besar dalam hal itu.
  8. Berbuat baik terhadap semua makhluk, sesuai dengan kemampuannya, baik dalam bentuk fikiran, harta benda, pertolongan, kedudukan dan lain-lain.
  9. Keberanian dan kuatnya hati serta tidak pengecut dalam  menegakkan ajaran Islam kebenaran agama.
  10. Menghilangkan perasaan hasad dengki serta penyakit hati yang lainnya.
  11. Meninggalkan fudhul (berlebih-lebihan), baik ucapan, pandangan mata, pendengaran, ataupun makanan serta  kenikmatan  dunia yang  lainnya.
  12. Menjadi insan yang terbaik dalam ittiba‘ (mengikuti) sunnah Rasulullah SAW.  

Ya Allah jadikanlah hidup kami untuk sentiasa berlapang dada  dan menerima segala bentuk  pemberianMu. Kuatkan iman kami ya Allah dalam meyakini qadha dan qadarMu. Mudah-mudahan kami sentiasa mendapat taufik dan hidayahMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin.

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang.

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

(from whatsapp)

Artikel Terkait

Menjadi Insan yang Berlapang Dada
4/ 5
Oleh

Tambahkan Komentar Anda